Assalamualaikum
W.B.T, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah, syukur
ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya masih bernafas di atas
muka bumi ini bagi meneruskan kelangsungan hidup ini. Menelusuri
pengisian kuliah kecerdasan emosi pada 3 Julai 2012 bersama Puan Norihah bt Bachok telah memberi
saya gambaran mengenai apa sebanarnya yang dikatakan sebagai
kecerdasan intelek, kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual yang sering diperkatakan di media massa mutakhir ini. Dewasa ini, sering dipaparkan tentang perihal manusia yang berperwatakan seperti binatang yang melibatkan kes pembuangan bayi, bunuh secara kejam dan banyak lagi kes yang tidak tergapai dek akal akan terjadi. Maka, di sinilah kepentingan kecerdasan emosi, intelek dan spiritual untuk diimplementasikan dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini.
Kes yang melibatkan remaja berpendidikan
Selama ini, ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu
itu memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka
individu itu akan memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih
baik berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun, terdapat banyak kes
di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang
tinggi tersisih daripada orang yang memiliki tingkat kecerdasan
intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa kecerdasan
intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih
kejayaan dalam hidupnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan emosi (EQ)? Perkataan emosi
sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis, émotion, dari émouvoir yang
bermaksud ‘kegembiraan’ iaitu dari bahasa Latin emovere. Selain itu, emosi dapat ditakrifkan sebagai suatu perasaan atau jiwa yang kuat @ what do I feel? Dari segi kontekstual, dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan emosi
merupakan sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk
memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi
orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat sebagai panduan
pemikiran dan tindakan orang itu.
Kecerdasan intelektual (IQ) adalah kemampuan intelektual, analisa, logik dan
rasional @ what do i think? Ia merupakan kecerdasan untuk menerima, menyimpan dan mengolah
infomasi menjadi fakta. Orang yang kecerdasan intelektualnya baik,
baginya tidak ada informasi yang sulit, semuanya dapat disimpan dan
diolah, pada waktu yang tepat.
Kesimpulannya, para bakal guru perlulah mempunyai kemahiran untuk mengeksploitasi kelebihan-kelebihan yang terdapat pada setiap dimensi kecerdasan. Oleh sebab kecerdasan emosi,intelek dan spiritual merupakan sifat yang boleh dipupuk dan dikembangkan, bakal guru perlu ada pengetahuan agar dapat membantu meningkatkan kecerdasan emosi, intelek dan spiritual pelajarnya. Institusi pendidikan telah memainkan peranan dalam mencorakkan kualiti moral dan akhlak yang mulia seperti yang dituntut oleh masyarakat. Melalui sistem pendidikan, para pelajar akan melalui proses sosialisasi moral dan proses pembesaran yang diorientasikan dan diperkukuhkan dengan pelbagai tanggungjawab sosial. Pembangunan serta perubahan sosial dalam masyarakat memerlukan perubahan dalam sistem pendidikan di sekolah bagi memenuhi keperluan pelajar sesuai dengan keadaan sekeliling. Kita perlu memikirkan kembali sejauh manakah keberkesanan sistem pendidikan kita pada hari ini memandangkan isu gejala sosial remaja yang makin hari makin menular. Faktor kecerdasan emosi, intelek dan spiritual dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi pembelajaran seseorang pelajar. Justeru itu, ia akan membawa implikasi terhadap pencapaian akademik mereka yang cemerlang.
terkapar kapar~~ suka3x ;)
BalasPadamhebat...
BalasPadam