Isnin, 30 Julai 2012

REFLEKSI KECERDASAN EMOSI (MINGGU KEEMPAT)




Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya masih bernafas di atas muka bumi ini bagi meneruskan kelangsungan hidup ini. Selamat menjalankan ibadah puasa saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. tanpa kita sedari bulan ramadhan pada tahun ini sudah kunjung tiba. Masa berlalu dengan cepatnya meninggalkan kita,adakah kita masih mampu untuk berjalan seiring dengan masa atau terpaksa mengejar masa dari belakang? Terpulang kepada kita.

Namun pada hari ini, saya ingin membicarakan mengenai kecerdasan emosi. Dalam kecerdasan emosi, ada empat elemen iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial.  Empat elemen ini berada dalam 2 komponen utama iaitu Kompetensi Personal dan Komponen  Kompetensi Sosial.  Dalam Kompetensi Personal, subkomponennya ialah kesedaran kendiri dan pengurusan kendiri manakala dalam Kompetensi Sosial pula ialah kesedaran sosial dan kemahiran sosial.

Saya hanya akan membicarakan kompetensi kesedaran sosial. Ia memberi makna seseorang invdividu boleh  dikenalpasti daripada tingkah laku dan ekspresi individu itu berdasarkan kompetensi kercerdasan subkomponen2 yg merangkumi empati, membangunkan individu lain, ksdaran organisasi, berorientasi perkhidmatan dan melayan kepelbagaian. Saya ingin menceritakan sebuah cerita yang saya tonton di tv kelmarin yang bertajuk "hanya untukmu" yang bersesuaian dengan kesedaran sosial. Cerita ini memperihalkan mengenai kehidupan seorang kakak bernama Ayu yang cantik rupa paras dan budi bahasanya. Dia mempunyai seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki serta ibu yang sudah uzur. Kehidupan mereka bukanlah terlalu daif tapi dalam kolongan yang sederhana. Pada usia 28, Ayu telah mendapat lamaran dari teman lelakinya yang juga sekampung dengannya. kakaknya tidak memberi apa-apa keputusan kepada lelaki itu sebelum berbincang dengan keluarganya. Pada mulanya, seluruh ahli keluarganya menerima dan sangat gembira tapi apabila melihat ibunya yang semakin uzur, Ayu terus menolak pinangan itu. Walhal,adiknya boleh menjaga ibu meraka. Namun, kedua-duanya tidak mahu menjaga ibunya. Keluarga lelaki yang ingin melamar Ayu, terus bermusuh kepada keluarga mereka. Ayu terus dihina dan pandang jijik oleh masyarakat kerana fitnah yang tidak elok mengenai dirinya yang dikatakan sudah tidak dara lagi disebar oleh keluarga lelaki. Kedua-dua adiknya telah lari dari rumah kerana tertekan dengan kata cacian dari orang kampung. Mereka tidak sanggup lagi tinggal disitu.Tinggallah Ayu dan ibu di kampung tanpa siapa yang peduli.

Tanpa diduga, pada satu hari ibu kepada lelaki yang melamarnya tadi telah menghadapi penyakit yang aneh dan menjijikkan. Ahli keluarganya tidak mampu untuk menjaganya kerana takut berjangkit. Orang kampung tidak berani untuk dekat dengannya. Namun, tanpa ada rasa dendam sedikit dendam pun, Ayu berasa empati terhadap bekas teman lelakinya kerana dia tahu betapa susah untuk menjaga orang sakit kerana dia juga merasa menjaga ibunya yang uzur. Dia membantu menjaga ibu bekas teman lelakinya dengan sebaik mungkin. Setelah beberapa bulan, perempuan itu pun sihat. Perempuan itu pun memohon maaf kepada Ayu setelah dia menfitnah Ayu dengan cerita yang bukan-bukan.

Di sini jelas kepada kita bahawa Ayu mampu mengawal emosi walaupun menghadapi pelbagai kata cacian dan hinaan daripa orang kampung walaupun dia tidak bersalah. dia merasa empati terhadap apa yang berlaku kepada orang yang membuat finah mengenainya,dan dia membalas dengan sebaliknya. Hal ini sepatutnya menjadi ikutan kepada kita semua semua dalam meneruskan hidup ini. Kita jangan terlalu cepat melatah dengan apa-apa pun dugaan yang mendatang. Jika kita terus melenting dengan apa yang orang katakan, mudah bagi musuh kita untuk terus memanaskan kita.Sebaliknya kita nilai semula perkara ayang kita lakaukan.adakah ia betul atau pun salah. Jika kita betul,teruskan. Jika kita rasa salah, kita perbetulkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan