Kegiatan ekonomi utama bagi penduduk adalah aktiviti pertanian. Ini termasuklah mengusahakan padi huma, sayura-sayuran, pokok buah-buahan, penternakan lembu, penternakan itik, penternakan ayam dan lain-lain. Walaubagaimanapun aktiviti ekonomi ini dijalankan di kawasan pertanian seperti Tg Jol dan Bruan yang terletak kira-kira 15 KM dari kampung. Selain itu, kampung Jemoreng terkenal dengan perusahaan minyak Sekyu. Walaubagaimanapun pengeluaran minyak Sekyu ini semakin berkurang ekoran penebangan hutan yang menjadi sumber utama kepada buah Sekyu. Namun pada masa kini, kebanyakan anak muda mempunyai pendidikan yang tinggi yang banyak menukar landskap ekonomi kampung. Ramai yang sudah memegang jawatan tinggi baik dalam kerajaan mahupun swasta.
Antara pencapaian kampung jemoreng yang terbaik sekali ialah apabila memenangi beberapa kali Anugerah Desa Cemerlang peringkat Bahagian Mukah seterusnya mewakili bahagian ke peringkat Negeri Sarawak. Pelbagai lagi pencapaian yang telah diukir oleh Kampung Jemoreng hasil daripada kesepaduan masyarakat kampung. Kejayaan ini tidak akan datang bergolek tanpa usaha penduduk kampung.
pandangan dari udara.....canteqqqqqqq
bangunan yang memuatkan bank dan perpustakaan utk pnduduk Matu
Di sini, terdapat sebuah tempat yang boleh dijadikan kawasan tarikan pelancong iaitu Makam dan Telaga Penawar Sergunim. Air telaga tersebut dikatakan “keramat” dan dipercayai berupaya menyembuhkan sebarang penyakit. Oleh itu penduduk Kampung Jemoreng menganggap tempat itu sebagai tempat bersejarah yang dipercayai bekas penempatan Sergunim, seorang ketua Melanau pada zaman dahulu. Di situ juga terdapat sebatang tiang lama, disebut oleh masyarakat tempatan sebagai tiang benitik (tiang berukir) yang menujukan tempat tersebut adalah bekas tapak rumah panjang Sergunim dan orang-orangnya. Namun ukiran pada tiang tersebut sudah tidak kelihatan lagi.
tiang benitik
Kampung Jemoreng dan kampung berhampirannya seperti
Kampung Bawang dihubungkan dengan jaringan jalan raya yang lengkap
berturap. Dari masa ke semasa, kemudahan jalan raya di kawasan kampung
ini di naik taraf bagi memastikan masyarakat setempat menikmati
kemudahan yang lebih baik. Kini, perjalanan di sepanjang jalan di
Kampung Bawang akan lebih lancar dan selesa apabila kerja-kerja menaik
taraf jalan raya itu siap tidak lama lagi. Pada awal Januari 2012 yang
lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, YB Abu Seman Jahwie
telah mengadakan tinjauan di tapak projek naik taraf jalan berkenaan.
Melalui tinjauan itu, ternyata jalan tersebut perlu dibaiki dengan
segera memandangkan beberapa bahagian jalannya telah pun rosak dan
tenggelam. Projek naik taraf yang telah bermula sejak Disember 2011 yang
lalu itu mendapat peruntukan RM500,000 daripada kerajaan.
Di samping kerja-kerja naik taraf jalan raya, projek tersebut turut meliputi aspek sistem perparitan yang lebih lancar bagi memudahkan pengaliran air sungai terutamanya pada ketika hujan. Selain Kampung Bawang, beberapa jalan raya yang menghubungkan kawasan kampung lain di sekitar kawasan Matu akan turut dinaiktarafkan untuk kemudahan masyarakat melaluinya. Walau bagaimanapun, proses naik taraf akan dilaksanakan secara berperingkat ekoran daripada peruntukan dana yang terhad daripada kerajaan. Oleh itu, YB Abu Seman menasihatkan kepada penduduk di kawasan lain agar bersabar di atas kelewatan untuk menaik taraf kemudahan di kawasan mereka. Malah, penduduk digesa untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan sebarang permasalahan agar pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar dan lebih teratur.
Matu pada masa akan datang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan