Pada
tanggal 3 April 2009 yang lalu bermulalah detik pemerintahan Dato’
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana
Menteri yang ke-6 menggantikan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Dengan berbekalkan tujuan yang satu beliau telah memperkenalkan satu
konsep gagasan yang baru iaitu GAGASAN
SATU MALAYSIA. Menurut
epistimologi Kamus Dewan gagasan membawa maksud buah fikiran yang
dijadikan saranan. Maka timbulnya gabungan indah frasa-frasa ”RAKYAT
DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” menjadi
wadah utama dalam memacu pentadbiran negara dan perpaduan kaum.
Natijah
pembentukannya bertujuan untuk menyemarakkan semula semangat
perpaduan dan persaudaraan antara kaum semakin pudar berpaksikan kepada 3 teras utama.
Prinsip
pertama ialah penerimaan yang bererti walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup,
amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu
sama lain sebagai rakan setia. Kita sudah sedia maklum bahawa
Malaysia mempunyai tiga kaum terbesar iaitu, kaum Melayu, Cina dan
India yang sudah lama bertapak di negara tercinta ini. Kaum
masing-masing mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang
berbeza. Oleh yang demikian, Prinsip Penerimaan telah diwujudkan bagi
menyatupadukan ketiga-tiga kaum ini sekaligus meralisasikan Wawasan
2020 yang menjadi impian negara dalam mencapai negara maju dan
setaraf dengan neagara-negara lain di mata dunia. Dengan kehadiran
prinsip ini sekaligus dapat melonjakkan kebudayaan kaum masing-masing
malah secara tidak langsung dapat merapatkan jurang perbezaan antara
kaum. Sudah pasti kerajaan tidak mahu Peristiwa 13 Mei 1969 dimana
angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera,
39
hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah berlaku kembali.
Prinsip kedua ialah prinsip kenegaraan yang memupuk semangat nasionalisme. Cuba anda lihat masyarakat
Malaysia sekarang dimana semngat nasionalisme mereka agak rapuh. Jika
ditanyakan kepada kanak-kanak atau remaja pada hari ini hanya
beberapa kerat sahaja yang dapat memberi jawapan apa itu semangat
nasionalisme. Oleh itu, kerajaan mengambil inisiatif meletakkan
Prinsip Kenegaraan sebagai teras di dalam Konsep 1Malaysia dengan
harapan semangat nasionalisme dan perpaduan kaum lebih utuh.
Seterusnya, prinsip ketiga ialah Prinsip
Keadilan Sosial. Setiap kaum di
negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan
yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang
penting. Melalui Konsep 1Malaysia,
setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan
kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum lain.
Namun begitu Konsep 1Malaysia
yang
mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana
pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan.
Secara konklusinya,
berdasarkan tiga prinsip teras iaitu Prinsip Penerimaan,
Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial jelaslah bahawa konsep
1Malaysia menjadi Aspirasi meningkatkan hubungan kaum. Ayuh kita
sama-sama merealisasikan cita-cita murni ini agar kaum di Malaysia
dapat bersatu, bekerjasama, saling bantu-membantu selaras dengan
fitrah kita sebagai manusia yang inginkan keamanan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan